• Welcome to Human Resource Department
  • humanresource@um.edu.my
  • 03-79677918
logo
logo

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Warga kampus yang dihormati,

Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa Universiti Malaya sekali lagi telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam kelestarian alam sekitar. Dalam UI GreenMetric World University Rankings (UIGM) 2025, UM berada di tangga ke-34 daripada 1,745 institusi di seluruh dunia, meningkat 12 anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen kukuh dan berterusan universiti terhadap kelestarian alam sekitar, yang didokong oleh usaha bersama kita dalam memperkukuh operasi kampus yang bertanggungjawab, penyelidikan berimpak, penglibatan komuniti, dan penjagaan alam sekitar.

Sebagai makluman, UI GreenMetric ialah suatu penarafan kelestarian alam sekitar bertaraf global yang diperkenalkan oleh Universitas Indonesia. Ia menilai universiti berdasarkan enam indikator utama: Persekitaran & Infrastruktur, Tenaga & Perubahan Iklim, Sisa, Air, Pengangkutan, serta Pendidikan & Penyelidikan. UM memperoleh markah penuh dalam kategori Air dan Sisa, sekali gus menonjolkan kepimpinan universiti dalam bidang-bidang penting ini.

Kami merakamkan penghargaan kepada semua staf, pelajar, penyelidik, dan rakan kerjasama yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Marilah kita terus bekerjasama ke arah menjadikan Universiti Malaya sebuah kampus yang lebih hijau, berdaya tahan dan lestari.

Terima kasih.

--------------
Assalamu'alaikum WBT and Greetings,
Dear campus community,

We are pleased to share that Universiti Malaya has once again made a remarkable achievement in environmental sustainability. In the UI GreenMetric World University Rankings (UIGM) 2025, UM is ranked 34th out of 1,745 institutions worldwide, rising 12 places from the previous year.

This accomplishment reflects the university’s strong and continuous commitment to environmental sustainability, supported by our collective efforts in advancing responsible campus operations, impactful research, community engagement, and stewardship.

For context, UI GreenMetric is a global environmental sustainability ranking established by Universitas Indonesia. It evaluates universities based on six key indicators: Setting & Infrastructure, Energy & Climate Change, Waste, Water, Transportation, and Education & Research. UM achieved full marks in the Water and Waste categories, underscoring our leadership in these crucial areas.

We extend our appreciation to all staff, students, researchers, and partners whose contributions have made this achievement possible. Let us continue working together towards a greener, more resilient, and sustainable Universiti Malaya.

Thank you