SESI SANTAI BERSAMA YB DATO' SRI MUSTAPA MOHAMED (TOK PA) MENJELANG WACANA KEPIMPINAN 2026
8 JUN 2026 | UNIVERSITI MALAYA


Jabatan Sumber Manusia (JSM) Universiti Malaya melalui Pusat Kecemerlangan Bakat (TEC) telah mengadakan satu sesi pertemuan santai bersama YB Dato' Sri Mustapa Mohamed sebagai persediaan awal ke arah program Wacana Kepimpinan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini.
Program pembangunan bakat ini bakal mengumpulkan 50 peserta terpilih daripada komuniti Himpunan Bakat UM untuk sesi perkongsian ilmu yang dinamik. Pertemuan ini menjadi langkah strategik dalam usaha memperkasa dan mengasah kompetensi kepimpinan masa hadapan dalam kalangan warga kepimpinan staf Universiti Malaya.