MEMPERKASA FUNGSI JABATAN SUMBER MANUSIA MELALUI BENGKEL PENGHAYATAN DASAR SUMBER MANUSIA
_2.png)
9 JUN 2026 | SESI BERSAMA PEGAWAI JABATAN SUMBER MANUSIA
18 JUN 2026 | SESI BERSAMA STAF PELAKSANA JABATAN SUMBER MANUSIA
23 JUN 2026 | SESI BERSAMA PENGURUS PORFOLIO PTj UNIVERSITI MALAYA
______________________________________________________________________________________________________
Jabatan Sumber Manusia (JSM) Universiti Malaya telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Dasar Sumber Manusia yang yang telah menghimpunkan semua pegawai dan staf pelaksana Sumber Manusia termasuk wakil sumber manusia Daripada Fakulti dan Pusat Tanggungjawab di Universiti Malaya.
Pada 9 Jun, sesi bersama pegawai Jabatan Sumber Manusia memberi ruang untuk membincangkan strategi dan isu-isu semasa dalam bidang ini. Kemudian, pada 18 Jun, staf pelaksana pula berpeluang untuk berinteraksi dan mendapatkan maklum balas yang diperlukan bagi memperbaiki pengoperasian sumber manusia. Akhir sekali, pada 23 Jun, sesi bersama pengurus portfolio PTj Universiti Malaya telah dijalankan yang memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat sumber manusia dan sesi dua hala juga dijalankan bagi meningkatkan keberkesanan operasi sumber manusia di setiap Pusat Tanggungjawab. Setiap sesi ini dijangka akan memberi manfaat besar kepada semua yang terlibat dalam menambah kefahaman dalam urusan sumber manusia terkini.
Berpaksikan agenda pemindahan ilmu (knowledge transfer) antara warga kerja, bengkel ini bermatlamat untuk menyelaraskan pemahaman dasar serta memperkukuh kecekapan operasi jabatan dan pemegang taruh sumber manusia universiti.
Komitmen berterusan ini diharapkan dapat memacu pemerkasaan fungsi Jabatan Sumber Manusia sebagai tunjang pengurusan modal insan Universiti Malaya. Terima kasih kepada semua atas sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.