• Welcome to Human Resource Department
  • humanresource@um.edu.my
  • 03-79677918
logo
logo

LAWATAN PENANDA ARAS KE SUMBER MANUSIA PETRONAS

4 JUN 2026 | MENARA BERKEMBAR PETRONAS, KLCC

Pada 4 Jun 2026 (Khamis), barisan Pengarah Jabatan Sumber Manusia Universiti Malaya telah menyertai sesi lawatan sesi pertemuan strategik bersama Tuan Shahriman Yusri, Pengurus Besar Kanan, Pembangunan Organisasi KPSTM PETRONAS.

Sesi "bertemu empat mata" ini memfokuskan kepada perkongsian amalan terbaik antara organisasi serta perbincangan interaktif mengenai pengurusan modal insan pasca-moden. Pertemuan rentas sektor ini diharap dapat memacu penambahbaikan struktur organisasi yang lebih mampan, progresif, dan efisien serta memperkukuh struktur organisasi universiti ke arah kecemerlangan global.